Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain
Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama
teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan
dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan
teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan
Al-Wasity yang kebetulan orang berada.
Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka
dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan
memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka
menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu
menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: "Siapa
yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah."
Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam
Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang
dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: "Dia adalah seorang yang
soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit
pun."
Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam Hambali untuk
membelinya. Diapun membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan
Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam
Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak
itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil
baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa
mengambil apa-apa.
No comments:
Post a Comment