Kain selendang Umar memadam Kebakaran Dengan Izin Allah

Orang-orang yang dikasihinya Allah (wali Allah) dalam tingkatan yang sebenar ramai yang diberi kekeramatan oleh Allah, mereka dapat menggunakan pada waktu-waktu tersepit dan dalam keadaan memaksa serta bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Para sahabat Rasulullah S.A.W. yang mendapat bimbingan terus dari baginda, ramai yang mempunyai kekeramatan.

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab sering terjadi kebakaran yang memusnahkan banyak herta benda. Umat Islam membuat aduan kepada Khalifah mengenai kebakaran itu. Apa yang dibuat oleh Khalifah untuk mengatasi kebakaran itu? Sedangkan kerajaan Islam ketika itu tidak memiliki sebarang pasukan bomba. Kerana aduan itu serius, Khalifah tidak mahu mengecewakan pada orang yang mengadu. Khalifah membuka serban yang dililitkan di bahunya dan diberikan kepada pembantunya.Khalifah berkata: "Sila ambil selendang ini. Apabila ada kebakaran, maka letakkan selendang ini di mukamu dan katakan "Wahai api, ini selendang Umar bin Al-Khattab, semoga api itu akan padam ketika itu juga."

Pembantu Umar itupun menerima selendang itu dengan yakin dan tidak bertanya apa-apa lagi kepada Khalifah. Tidak berapa lama kemudian, terjadilah kebakaran besar yang menggongcangkan umat Islam. Pembantu Umar yang telah diberi amanah itu berlari ke tempat kebakaran pembantu itu meletakkan selendang Umar di matanya dan berkata: "Wahai api, ini selendang Umar bin Al-Khattab." Ketika itu juga api padam dengan serta merta. Terhindarlah umat Islam dari kerugian yang besar.

No comments:

Post a Comment