Kisah Kelebihan Sembahyang Tasbih
Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawan Rasulullah S.A.W. telah bersabda
kepada Al-Abbas: "Wahai mamanda, sukakah kamu jika aku memberikan
hadiah yang berguna kepadamu?" kata Al-Abbas: "Ya, aku suka
ya..Rasulullah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan
aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai al-Abbas,sembahyanglah 4
rakaat dan bacalah pada tiap satubrakaat surah Al-Fatihah, kemudian
sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca
Subhanallah, walhamdulillah, walaa illaha illallah, wallahu akbar
sebanyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali,
kemudian i'tidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah
kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali
kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud
hendaklah dibaca 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut
dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat."
Kemudia Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Wahai Al-Abbas, andaikata
dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij, nescaya akan diampunkan oleh
Allah S.W.T."
Setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas
berkata: "Ya..Rasulullah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya
setiap hari, bagaimana?"
Rasulullah berkata: "kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari,
kerjakanlah setiap hari Jumaat." Al-Abbas bertanya lagi: "Bagaimana
kalau saya tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat?"
Rasulullah menjawab: "Wahai Al-Abbas,sekiranya kamu tidak dapat melakukannyabpada setiap Jumaat maka lakukanlah sebulan sekali."
Al-Abbas bertanya lagi: "Kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali bagaimana?"
Rasulullah berkata: "Klau kamu tidak dapat melakukannya sebulan sekali maka bolehlah kamu melakukannya setahun sekali."
Ka'bul Ahbar berkata: "kalau seseorang itu dapat melihat pahala
sembahyang sunat dua rakaat, sudah tentu dia akan melihat pahalanya
lebih besar daripada bukit."
Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sembahyanglah kamu di rumahmu (yakni
sembahyang sunat), dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur
(yakni hanya tepat tidur)."
Rasulullah S.A.W. berkata: "Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah
lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardu itu
lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang bersendirian."
Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah adalahsebagai nur, oleh itu
terangilah rumah kita dengan mengerjakan sembahyang sunat di rumah, dan
mengerjakan sembahyang fardu berjemaah di masjid atau di surau.
Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan kepada
seseorang itu sahaja, sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu
ditujukan kepada semua umat beliau (yakni kita).
No comments:
Post a Comment