Pahala Bagi Mereka Yang Sabar
Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga:-
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap
musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu.
Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh
menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga
dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan
menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya
600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas
hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja
maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana
setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga
ke Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali
ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling
tinggi.
No comments:
Post a Comment