PENDERITAAN KHABBAB BIN ALARAT
Khabbab ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban kerana agama
yang telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam dan
oleh yang demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga.
Dia telah dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring dipasir,
mendedahkan badannya pada panas matahari yang terik hingga kulitnye
mengelupas. Khabbab adalah seorang hamba abdi kepada seorang perempuan.
Apabila diketahui oleh si perempuan tadi yang dia sering melawat Nabi
Muhammad s.a.w kepalanya diselar dengan panas yang merah membara.
Umar r.a.hu
semasa beliau menjadi Khalifah telah bertanya kepaha Khabbab tentang
penderitaannya dikala mula-mula menganuti agama Islam dahulu. Sebagai
menjawab dia menunjukkan parut-parut luka dibelakang badannya. Kata
Umar,"Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedimikian rupa."
Melanjutkan ceritanya dia mengatakan yang dia telah diheret diatas suatu
timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari
badannya memadamkan bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak
ke merata-rata tempat, Khabbab sering duduk menangis sambil
berkata:"Nampaknya Allah s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala
penderitaan yang kita alami. Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran
yang bakal kita terima."
Khabbab bercerita:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengimami kami dalam
sembahyang. Rasulullah s.a.w telah memanjangkan suatu rakaat. Diakhir
sembahyang itu kami bertanya tentang rakaat yang panjang tadi.
Rasulullah s.a.wmenjawab:"Saya telah membuat tiga permintaan kepada
Allah s.w.t.. Saya berdoa:"Ya Allah, janganlah hendaknya ummatku mati
kerana kebuluran, janganlah hendaknya ummatku dihapuskan oleh musuh dan
janganlah hendaknya mereka berkelahi sesama mereka"."Allah s.w.t.. telah
menunaikan hanya dua permintaanku yang pertama."
Khabbab telah meninggal dunia apabila usianya meningkat tiga puluh tujuh
tahun. Dia merupakan sahabat yang pertama sekali dikebumikan di Kufah.
Pada suatu ketika apabila Ali r.a.hu
melalui pusaranya beliau pun berkata:"Moga-moga Allah s.w.t.
memberkhati dan melimpahkan rahmatNya keatas Khabbab. Dia telah memeluki
Islam dengan segala senang hati dan telah menumpukan segala tenaganya
semasa ia hidup untuk berusaha dijalan Allah, walaupun dengan berbuat
demikian dia menderita kesusahan. Berbahagialah orang yang sentiasa
mengingati hari Kiamat, yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi
perhitungan diAkhirat nanti, yang berpuas hati dengan hidup
berdikit-dikit didunia ini dan yang perbuatannya mendatangkan keridhaan
tuhan."
Keridhaan Allah s.w.t.lah yang menjadi matlamat tunggal perjuangan hidup
para sahabat semuanya. Semoga kita semua juga akan mendapat keridhaan
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment