Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif
Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah
dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan
memperbaiki keadaan hidup mereka. Segelintir manusia sahaja yang telah
memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang
lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang
Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati
dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda
s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk
memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w.
Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu
puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w.
berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq
untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi
pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w
juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah
Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda
s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan
dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka
tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang
dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah
dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka
sungguh bertentangan dengan sifat memuliakan dan menghormati yang telah
menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang
mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat
mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan
disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah
lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang
kasar.
Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan:
"Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi
PesuruhNya?"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah
memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga
pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau
benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau
kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.
Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap
dengan engkau."
Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan
kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad
s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang
sedikit jua pun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi,
Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w
menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif.
Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak
mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan
hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda
s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang
hantu mereka supaya mengusik, mengejek,mengacau dan melemparinya dengan
batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian
rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila
Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa
kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:
" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan
kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha
Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan
menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya
uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu.
Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya
mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang
gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari
Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku
azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak
ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda
s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui
Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi
salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku
diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan
malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah
kamu."
Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda
s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk
menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan
gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga
penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan
cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang
ini."
Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh
dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang
ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang
anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan
berbakti kepadaNya."
Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah
dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi
pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita
sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka
kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang
bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju
dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi
Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk
Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi
mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas
walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.
No comments:
Post a Comment