TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS
Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah:
"Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua.
Pada suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram. Disana ia
telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang
lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun
memberi salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka
mempersilakan ia duduk sambil melahirkan keengganannya berbuat
demiakian, dia pun berkata:
"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang
sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata
kerana takutkan Allah s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan
sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana
selalu memuji-muji Allah s.w.t.. maka mereka tidak dapat memperkatakan
sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba keperingkat keimanan yang
demikian rupa maka mereka segera kearah kebaikan. Mengapakah kamu
sekelian telah menyeleweng dari jalan ini? Selepas peristiwa ini aku
tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil Haram."
Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan yang
sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan
tentang kebesaran Allah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan maka lain-lain
perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh
kejujuran.
No comments:
Post a Comment