Wali Di Tuduh Mencuri
Kisah ini di cerikakan oleh Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari
beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang
di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket
untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal yang
di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara
penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang
sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk
di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang
kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.
Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal
tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan
pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut
tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di
dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal
masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di
buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang
yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa
lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.
Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana
penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain.
Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang
tersebut. Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang
demi seorang, semua beg, barang-barang digelidah tetapi tidak
menjumpai barang yang di cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang
disebutkan oleh Zin- Nun. Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di
periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu
pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan
dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes
di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil
berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri, Dengan protes tersebut,
ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.
Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa
tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai
yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak
tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air. Pemuda
itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka
sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang
teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa
permata-mata berharga di mulutnya".
Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan
kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.
Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada
pemuda itu. kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan
bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.
Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri
pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh
mengambilnya". Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali
ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air
dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang
bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku
meminta bantuan'.
No comments:
Post a Comment