ISLAMNYA UMAR
Umar r.a.hu
selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam
dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang
Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam.
Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah
memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh
Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan
pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata
serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah
menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanannya ia
telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana kau, Umar?"Umar
menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad "
Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan
membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah dengan amaran itu)
berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek moyang kau.
Biar aku kerjakan kau dahulu."
Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan
pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan
Umar sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau
dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk
agama Islam"
Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi.
meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara
perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci
dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat
tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar,
Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang
sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng
saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga
telah meninggalkan agamamu."
Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam
sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang
yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya
berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah
meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar
menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang
lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam dan
menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka
juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis
saudara perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami
memeluk agama Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam
Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap
saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf
yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan
masyaf-masyaf ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan
orang yang tak bersih tak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini." Umar
akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi.
Surah yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah
itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat
yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat
persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu.
semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada
Allah s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal,
siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau
sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada pagi Juma'at dia telah
memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan suatu pukulan
yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan orang
Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh.
Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk
menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar,
kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan
sembahyang di Baitul Haram. Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar
merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya
menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu
keberkatan kepada kami.:"
No comments:
Post a Comment