KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK
Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk
boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan
Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain
supaya berbuat demikian.
Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan
tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin.
Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin
Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya
kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia
menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu
daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang
dihadapi. Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya
daripada Allah s.w.t.. Apabila dia menyedari kesalahannya dia
mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi
kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu
beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai
beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan
kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah
menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum
kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang
diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua
buku-buku Hadis. Katanya:
"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku
mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak
pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi
amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum
tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali
ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim
kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia
terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat
diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai
pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui
nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui
nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.. Pada ketika
itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah
masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat
persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah
bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui
benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja.
Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita mengenai keberangkatan
tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat
yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam
sehari-dua."
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan
sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk.
Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga
menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang
tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini
terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja
diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu.
Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya:
'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para
sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada harta dan
kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal kebelakang.'
Maaz mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia
adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak
mengeluarkan sepatah katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya:
"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan
Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan
kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w.
terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada
orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi
akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan
hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan
Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan
Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat
Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada
ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi
sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.
keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan
oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan
kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk
menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w..
Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah
lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari
saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui
kebenaran agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu
bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?"
Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah
tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t.
telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan,
walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan
hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau
saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya
lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh
itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang
alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad
s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w berkata:
"Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu."
Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak
saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan
Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan
sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang
sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh
Allah s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya
bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka
menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka
juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama.
Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang
sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi
Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak
ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami.
Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau
orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu
luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan
mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w. wafat
sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan
sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak
menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri
dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya
tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri
menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya
menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan.Kerapkali selepas
menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran
dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda
s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w. memandangkan
saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w.
memalingkan pandangannya dari saya."
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai
pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok
kebun sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia
tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan
sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah
s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga
kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah
s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya
menangis lalu meninggalkannya."
"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya
terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari
Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai
disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan
sepucuk surat daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu
berbunyi:" Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi
dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan
hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala
pertolongan kepada kamu." Apabila saya membaca surat ini saya
mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal
keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad.
Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya.
Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun
terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya
Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang
amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan
murtad."
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi
Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari
Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri
saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa
diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah
yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya
kepada isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu
sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah
pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda
s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk
menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan
aku supaya menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi
jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah
,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya.
Dia menghabiskan masanya dengan menangis."
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada
Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama
saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda
sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat
permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas
kami selama lima puluh hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung
rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar orang menjerit
dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya Ka'ab."
Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan
gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang
saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi
Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami
bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang
kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat
saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada
pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang
sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai
pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi
berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid
orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w. datang
menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang
mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun
menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w.
berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda
s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta
saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi
menerima taubat saya." Baginda s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan
semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun
mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam
Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."
Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya
terdapat pada semua penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.
1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini telah
mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan yang telah menyertai semua
peperangan menetang musuh pun terpaksa menanggung penderitaan akibat
kesalahan yang dilakukan hanya sekali sahaja.
2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama lima puluh
hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta
sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya
pula telah menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan. Dengan lain-lain
perkataan, yang memulau pada suatu pihak dan yang kena pulau disuatu
pihak yang lain masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.
3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang raj
Kristian yang cuba mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran.
Perkataan-perkataan dan perbuatannya selepas menerima surat itu
merupakan bukti yang nyata mengenai keteguhan imannya.
Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita sendiri untuk menentukan
banyak atau sedikitnya kepatuhan yang terdapat pada diri kita. Adakah
kita mematuhi segala perintah-perintah Allah s.w.t.? Adakah kita
mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang paling sedikit memakan
belanja? Adakah kita berasa sedih apabila meninggalkannya?
No comments:
Post a Comment